Wednesday, December 3, 2014
Tips turunkan tekanan darah tinggi...
1 biji epal
1 biji peria katak
1 batang saderi
Diblender dan diminum jusnya....agak-agak apa rasanya ya...?
Dalam supplemen Shaklee, apa yang boleh dicadangkan adalah Garlic dan Omegaguard. Harus diingatkan ia bukanlah ubat dan tidak bertujuan merawat..cuma ia membantu untuk badan lebih sihat yang boleh membantu mengurangkan kesan akibat bacaan darah yang tinggi..
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Ho Chi Min City mu tunggu aku datang..
Ramai juga orang Malaysia yang datang sini. Ha..siap-siaplah dengan Ostematrik ke, Advanced Joint ke sebagai persiapan shopping..takda la lutut sakit sangat..
Setakat ni gelumang je dalam bilik dulu, prepare nak kerja sat lagi. Makan pun apa yang ada je, jambu batu pun jambu batulah.
Kawan-kawan siap pesan pi shopping dekat je..hurm kena hati-hati ni.shopping pun pakai duit gaji je, duit Shaklee nak kumpul lebih sikit..
Matawang kat sini panggil Dong. Jauh beza jugak,tadi teksi kata 800 Dong.huih,berapa banyak tu :)
Setakat ni dulu gambar yang ada di Rex Hotel, HCMC Vietnam
Wednesday, November 26, 2014
Anak-anak kuat bertanya..bagaimana jawapan kita ibu bapa...?
Apa persediaan dan penerimaan kita jika memiliki anak seperti itu?...Jangan dipandang ringan dengan sikap anak kecil seperti ini.Dunia mereka sedang diteroka...sebanyak mungkin maklumat ingin mereka serap..
Anak-anak ku kesemuanya petah bertanya, amun cuba juga dijawab sebaik mungkin dan yang penting..JANGAN MENIPU..awas, perbuatan memberikan kenyataan palsu boleh menyebabkan salah faham dan anak tidak menghormati atau mempercayai kita lagi.
Anakku yang ke-3 pernah bertanya keadaan lampu jalan yang rosak..
Aniq : Abah..kenapa lampu ni rosak..
Abah : Orang tak datang baiki..
Aniq : Kenapa tak datang baiki?
Abah : Tak ada orang hantar..
Aniq : Kalau rosak, baikilah.....
Hurm begitulah dia....dan baru balik dari Seremban Isnin lepas, ada tiang lampu senget..
Ummi : Aniq, tengok tu tiang lampu senget..kena langgar..
Aniq : Tu bukan senget, tu ke bawah....
Rasa nak gelak pun ada, tapi betul juga..itu pandangan dia dari bahagian depan, tiang kelihatan kebawah...
Mungkin ini juga kelebihan Aniq mengambil supplemen Omegaguard...baru-baru ni semasa terpandang poster di tadika dalam sebuah surau (surau dibentuk supaya sesuai kelas tadika pada siangnya)..
Terdengar dia baca A,B, C sampai Z dan beberapa poster lain..alhamdulillah, dia dah kenal huruf..
Omegaguard ni mulanya ambil sebab dia selalu semput, pakejnya ampak dia dah boleh kenal huruf dan cara pemikirannya yang kreatif... :)
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Kata-kata ibu sebagai doa..
Setiap anak tu ada je kelainannya yang tersendiri. Yang perempuan lebih senang menurut, yang lelaki kena ada teknik baru kerja jalan..
Antara 5 orang anak ni, ada seorang yang agak manja. Kadang tu rasa macam ada kuota untuk menangis..hehe menangis untuk ummi dia ni dengar....bila dah merajuk Masyaallah, macam-macam janji perlu ditabur..gula lah, mainan lah....sekarang ni dah jarang tabur janji. Semasa Aniq meragam, aku akan peluk dia dari belakang dan cerita apa dia buat tu tak betul. Dah habis buat penjelasan, biarkan dia sorang-sorang untuk berfikir dan bertenang....
Anak-anak memang suka duduk atas pangku, jadi masa tu lah diambil peluang untuk bacakan Surah Al-Insyirah dan doakan baik-baik untuk mereka...doakan supaya mereka menjadi antara orang mendirikan solat, anak yang cemerlang dan bersemangat membuat segala perkara, menjauhi perkara dilarang...
2 orang anak sudah hafal doa dari Surah Toha..untuk melembutkan hati..malu juga kalau anak suh umminya baca pulak.. Ummi tengah cuba menghafal, ummi kena makan Omegaguard ni untuk kuatkan ingatan hehe..
Ibu-ibu hati-hati apabila bercakap apatah lagi jika ada secawan air di depan. Air ni perakam yang sangat baik, ia akan record apa yang kita sebutkan.....dan selepas tu kita minum pulak air yang ada sifat negatif tadi....hurm, peringatan ya..
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Apa hebatnya minyak ikan ni??
Ya memang betul sumbernya daripada minyak ikan. Tapi berapa ekor ikan perlu kita masak untuk dapatkan khasiat yang cukup setiap hari? Tapi ini tak bermakna orang yang ambil supplemen Omegaguard anti pada ikan...ishhh...ikan Siakap masak 3 rasa sedap tu..kegemaran saya!
Ok cerita bab Omegaguard ni, apa yang istimewanya...sampai orang kata demam-demam pada bulan November 2014 ni. Haa yang bestnya bulan ni adalah bulan promo Omegaguard dimana dapat FREE 1 botol dengan harga RM136 daripada pembelian 6 botol...haa....untungkan...
✅ DHA : 360mg
✅ Pharmaceutical Grade
Mencegah penyakit Alzheimer
Memelihara penglihatan dan pendengaran
Mencegah migrain
- Mencegah insomnia
- Menstabilkan emosi
- Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia
Testimoni ni bukan merawat penyakit ya jangan salah faham, ia membantu mebngurangkan effect daripada keadadaan kita tak sihat kepada lebih baik...apapun pm untuk story panjang..
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Tuesday, November 25, 2014
Kurus...tak perlu bersenam??
Ha...ini tips daripada Kevim Zahari kalau kita tak ada masa nak senam yang proper..yang sempurna kat gym ke, track ke...tapi dengan cara ni kalori masih dibakar..
- Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
- Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
- Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
- Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
- Hubungan kelamin adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
- Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
7. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
8. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi
senaman yang bagus juga
9. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
10. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara
bersenam juga
Apalagi...jangan cari alasan!
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Susu..bila anak perlu berhenti?
Masa baru dapat baby pertama, aku mesti risau kalau anak tak bangun untuk minum susu. Tambahan pulak anak sulungku Afrina kena demam kuning...tidooo je kejenya....ada sekali dalam wad, pesakit katil depan dok jentik kaki baby aku dengan jari dia tapi dia tetap lena. Bila dah balik rumah, aku dok kejutkan dia supaya menyusu setiap 4 jam. Anak perempuan agak mudah, kalau maknya (saya la..) malas, mau kurus lah budak ni..
Cerita bab penyusuan ni, masa dapat baby ni aku agak lurus sikit. Dibiarkan menyusu botol sampai lah baby akan terlena. Nak diambil kesian...anak sulung lah katakan. Oleh kerana adik dia rapat 1 tahun, tabiat itupun berterusan....rupanya, tabiat ini lebih teruk daripada makan gula-gula. Teruk untuk perkembangan gigi.....gigi diorang kehitaman dan mudah rongak. Ada pulak yang tak patah habis dan jadi tunggul..erm, nak tunjukkan gambar diorang takda pulak. Tidur kat rumah mak long..sat google..
Ha...lebih kurang macam ni lah..tapi tunggul lagi susah nak tercabut. Kena injek dan Dr cabutkan...kalau dibiar boleh bengkak dan bernanah. Gigi adik-adik dia lebih cantik lagi walaupun ada skip daripada gosok gigi...
Anak-anak sampai umur 7 tahun menyusu botol lagi, kalau buh dalam cawan sikit je diorang minum...bertahan lah mata ni bangun malam untuk bancuh susu. Adakala gelak sorang-sorang bila scoop susu tak masuk dalam botol, kena kat tangan...adakala tertuang air dalam flusk kat tangan...heheh..macam-macam. Tapi yang bestnya aktiviti ni rasanya membantu untuk kurus..tu yang berat badan maintain sampai sekarang...
Susu pada ku sepatutnya berterusan, cuma botol atau cawan tu yang kena latih..anak-anak dah umur 8 tahun baru mula pakai cawan...setiap pagi yang penting secawan susu....
Aku sendiri dah rasa kesam kurangnya kalsium. Sakit di sendi-sendi, dulu pernah lah rasa nak menangis bila cangkung lama..nak jalan pun macam orang tua. Sekarang alhamdulillah dah makan Ostematrik, 4 biji sebelum tidur...dapat pakej tak kena sembelit lagi. Alhamdulillah sangat-sangat..yang penting nak beribadah dengan senang...nak pergi haji satu hari nanti, aminnn
Ostematrik kena makan 4 biji baru rasa selesa...sekarang dah tak perlu makan setiap hari...adakala selang sehari....sekarang ni nak kejar anak suh pakai baju pun dah takdak masalah...tak rugilah kalau mencuba..Ostematrik ni ada magnesium untuk elak mendapan kalsium menyebabkan batu karang..ini melalui pembacaanlah....jadi jom cuba..
Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
Monday, November 24, 2014
Kesan pil perancang Episod 2
Kali ini aku nak cerita sambungan dari episod 1 kesan selepas aku ambil pil perancang D*****n. Episod 2 lebih kepada nak cerita bagaimana rawatan yang aku lalui..
Selepas menjawab 1 set soalan, Dr prescribe aku sebagai anxiety..agak teruk hasil daripada questionnaire tu. Aku perlu ke unit rehabilitasi..
Di unit rehabilitasi, pada sesi pertama Dr ajar aku teknik pernafasan dalam. Mudah je teknik ni, suami aku pernah ajar juga. Caranya adalah relax, boleh buat semasa duduk, baring atau berdiri..tarik nafas melalui hidung 4 saat, tahan 4 saat dan hembus panjang selama 8 saat..bayangkan udara yang diambil dan dihembus. Suami ajar semasa tahan nafas baca selawat syifa..disinilah tempat aku menjalani rawatan..
Teknik ni yang paling membantu untuk aku relax..aku juga selalu pasang surah Al-baqarah dan zikir sampai tertidur. Kalau siang aku akan zikir dan selalu buat kerja. tak berada 1 tempat dgn lama..
Opps, bateri nak habis. Next sharing kita cerita episod 3 ya..
Pelangi Balau Desaru, cuti tak dirancang
Baru-baru ni kami sekeluarga bermalam di Pelangi Balau Resort di Desaru. Segalanya tidak dirancang awal sebab kitorang cuma nak pergi kenduri kahwin saudara. Jadi dah jangkalah harga hotel agak tinggi. Memikirkan atoknya yang kurang sihat, puas jugalah google. Hotel Lotus boleh tahan mahalnya,ingatkan nak ambil juga tapi bila survey ramainya orang. Cari parking pun tak lepas.
Agak berat hati nak ambil Pelangi Balau sebab pelik harga murah banding tempat lain. Cuma yang nampak ok bila blogger cerita pasal kolam dia besar..hehe penting tu.
Akhirnya kami pilih juga Pelangi Balau Resort sebab badan pun dah penat. Kitorang pilih bilik family katil 1 queen 1 single. Aircond tak terasa mungkin sebab hari panas. Dah selesai check in, kitorang pi cari kolam dia.
Wah,boleh tahan..memang besar. Kedalaman je berbeza. Fathi yang 2 tahun pun seronok berendam termasuk mak abahnya,hehe..best jugak ada 3 slide. Kalau takut naik le yang paling tak curam..
Bila malam menjelma, macam biasa anak-anak keletihan. Aniq no 3 dah batuk-batuk, mujurlah bawak Omegaguard. Aku bagi sebiji untuk elak semput.
Ammar pulak tunjuk kaki dia yang gantal mintak disapu herbal blend. Malam baru terasa sejuk kena air cond. Apalagi, semua nyenyak keletihan..
Breakfast sini ok lah, ada 2 jenis makanan berat, buah dan roti bakar..
Sunday, November 16, 2014
Resepi roti sarang lebah home made
Meroti kali ke- 2,
Roti oh roti dah order kat jiran 2 bekas pun tak cukup-cukup. Dengan tak malunya mintak resepi nak sampai cukup semua 5 anak dan 1 ayah makan..hehe
Cubaan pertama agak tidak berjaya dari segi rasa. Agak mual..ingat tak buat lagi dah. Tapi bila kenangkan kesian jiran setiap hari dapat order, semalam meroti..ni resepi dia..
250ml air
1 bj telur
1 st garam
3 sb gula
2 sb susu tepung
3 sb planta
500gm tepung roti
1 st softener
1 st bread improver
1 peket mauripan
Jiran guna noxxa, kita tak dak..pakai apa yang ada je..
Untuk sos nya..
1 sudu butter
3 sudu gula perang
3 sudu susu cair
Bakar pada suhu 170 sehingga perang. Panas-panas tu curah dan hidang pada suami