Thursday, June 27, 2013

ESP boleh sebabkan kembung pd bf baby?

ESP boleh sebabkan kembung pd bf baby?

kembung - Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :
* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels
* Brokoli
* Bran
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak

Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran.

Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.

jadi, ada kemungkinan ESP jugak menyebabkan kembung pd ibu/baby sebab soya adalah kumpulan kekacang. Disarankan supaya ibu yg mengalami malah kembung pd bayi semasa dalam pantang mengurangkan dos ESP kepada 1/2 sudu besar sehari.

Testimoni set kesuburan

Suka membaca testimoni seperti ini...alhamdulillah produk ini serasi dengan empunya diri....

MENGATASI BENGKAK PAYUDARA

       
Bengkak Payudara
Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang, sakit dan susu tidak mengalir.
Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa  hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh. Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk  sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya  mengikut keperluan bayi.
Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik  akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.
Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.
Pengendalian Bengkak Payudara

Jika berurut, maklumkan pada tukang urut supaya tidak perlu urut untuk banyakkan susu...urut tambah susu pada hari ke tiga dan ke atas selepas bengkak susu berlaku. Ini berlaku pada saya, pada anak ke-5 tukang urut yang tanya selalu bengkak susu atau tidak. Maka dia tidak akan melakukan urutan tersebut..

Me myself....
Anak-anak saya rajin offer kulit kubis setiap pagi selepas mandi..kulit kubis ini sejuk dan akan mengurangkan kelancaran penghasilan susu untuk menambah lagi bengkak







Petua orang lama adalah menyisir payudara dengan sikat untuk melancarkan pengaliran susu

Bersihkan nipple kerana kemungkinan ada 'kerak' yang menghalang susu keluar


***Jika nipple crack atau luka, jangan paksa untuk anak menghisap...selang-seli dengan mengepam. letakkan susu setiap kali selepas pam atau penyusuan. Jangan bubuh minyak gamat/steroid/ubat kuning dll!
 ********************************************************************************
  • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
    • Mengurangkan ketidakselesaan ibu
    • Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan  bengkak bernanah
    • Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
    • Memastikan bayi boleh menerima susu ibu

  • Periksa pelekapan : Adakah bayi  melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
    • Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
    • Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.
 Jika dengan menyusu tidak dapat mengurangkan bengkak, nasihatkan ibu  memerah susu di antara waktu penyusuan untuk beberapa kali sehingga ibu rasa lebih selesa
  • Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya  pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.
  •  Lakukan tuaman  suam (tuala  lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air  suam  boleh merangsang pengaliran susu.
  • Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan  juga boleh merangsang pengaliran susu.
  • Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya  jika besar
  • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan  bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi. 
  •  Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara  sewaktu bayi tidak menyusu