Friday, February 21, 2014

Cyst dan Fibroid...

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Awasi haid anda...adakah ianya luar dari kebiasaan, sakit ketika haid (senggugut), tidak teratur atau menitis sedikit-sedikit...berkemungkinan ianya tanda anda mengalami fibroid..

Mengikut rujukan Dr. Hamid Arshat, fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan atau mandul di kalangan wanita.

Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang kerap ditemui dalam uterus. Cyst boleh mengandungi udara, cecair atau bahan separa pepejal.


Fibroid pula terdiri daripada bahan berserat dengan pelbagai saiz..kira-kira 1mm higga 20cm atau lebih. Jenis-jenis fibroid ini berbeza disebabkan kedudukannya..


1. Intramural yang tumbuh di dinding rahim..jenis paling biasa. Boleh menyebabkan rahim bengkak dan kadangkala menonjol sama ada ke dalam atau luar rahim.

2. Submucosal juga dikenali sebagai fibroid submucous. Fibroid ini boleh dijumpai dalam lapisan oterus dan boleh menyebabkan penderahan.

3. Subserosal tumbuh di luar rahim. Ia menyebabkan gejala paling sedikit tapi boleh berkembang sangat besar.


Apakah punca-punca endometriosis, fibroid dan cyst?...

1. Hormon tidak seimbang

Wanita ada 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya estrogen meningkat sejurus selepas haid manakala progesteron meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu 2 minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid seterusnya. Dalam keadaan yang tidak seimbang, estrogen menjadi terlalu banyak dan progesteron tidak mencukupi boleh mengundang masalah seperti pendarahan yang tidak menentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim yang biasanya penyebab ketidaksuburan atau kemandulan.

Bagaimana berlaku ketidakseimbangan ni?

Kedua-dua hormon estrogen dan progesteron dikawal oleh kelenjar pituitari di otak. Menurut Dr Hamid, kelenjar ini boleh dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohani seseorang. Amatlah penting untuk kita mengurus tekanan samada disebabkan pekerjaan atau kerja seharian..

2. Pemakanan

Pemakanan tidak sihat diketahui banyak mendatangkan masalah...kebiasaannya makanan segera, tingggi lemak atau minyak malah perisa boleh mengundang bahaya!

3. Tekanan Hidup

Tekanan yang berterusan tanpa diurus dengan betul boleh menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah....ia akan melarat kepada kelenjar pituitari yang menyelaras hormon sepeti disebutkan di atas..

Cadangan Set daripada SHAKLEE..

1. GLA untuk menyecutkan cyst/ fibroid









2. Vitamin A, C dan E