Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860)
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
- KURANG bersenam dan diet kalsium rendah,
badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal
individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan
kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup.
Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat
ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan
kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
- WANITA,
lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan
hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding
0.5 peratus setahun untuk wanita.
- BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
- TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil.
- SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
- MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
- MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
- PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna,
nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus. Inilah
kepentingan detox agar nutrien dapat diserap dengan optimum
- MENOPAUS (putus
haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang
setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus.
Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30
peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
- PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
- AMENORRHEA,
tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen
rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman
secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan
anoreksia nervosa.
- INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
- HIPERTIROIDISME,
penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar
tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi
hormon tiroid.
- KURANG vitamin D,
yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan
tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah
osteoporosis.
- PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
- PENDEDAHAN kepada logam berat,
pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan
menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada
osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.