Monday, August 5, 2013

Salam Ramadhan..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860)
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Ramadhan 28...erm, Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya.. flashback amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini. Moga dikira sebagai pahala disisi Allah SWT. Moga amalan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Mungkin ada para ibu berasa lega tak perlu bangun awal pagi untuk pegang sudip dan kuali, tapi harap kita sedar itulah pahala mengalir yang paling mudah..."menyediakan makanan untuk orang berpuasa!"

2 hari lagi untuk lengkapkan amalan puasa pada tahun ini. Alhamdulillah, mungkin berkat susu ibu, memerah setiap hari...masih berpuasa penuh (Tak ponteng puasa tahun ni). So tak pening kepala nak mengganti. Sebelum2 ni ada juga puasa penuh, tapi sebab mengandung. Tak kalah juga tak puasa 29 hari! Sebab berpantang..erm, pantang kat kampung pulak tu. Emak tokey kek dan kuih...belasah la kuih tart panas-panas....

Mungkin amalan berpantang sesuatu yang menarik untuk dikongsi...tidur tak boleh flat, bantal tinggi hingga hampir duduk sampai kebas punggung. Tapal di dahi dan satu badan..habis bedak beras berterabur...itu kena entri yang khusus. Moga dapat direalisasikan bersama photo...owh dimana bengkung 3 meter ku itu ya...

Berbalik pada Ramadhan....moga bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Ya Allah, ingin aku perbaiki catatan amalan di tahun ini. Banyak dosa dan hutang-hutang perlu dilaksanakan, permudahkan Ya Allah...

Kakak Afrina berjaya puasa hampir 10 hari, Ammar 2 hari..cuma hari ke-2 dia tak larat sangat, berbuka pukul 7 selepas dok depan peti ais..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Pengguna ini mengamalkan ESP, Vitamin E dan Vitamin C