Wednesday, December 3, 2014

Tips turunkan tekanan darah tinggi...

Suami baru sahaja kongsi berita daripada saabatnya...bacaan darah 120/80 sedangkan dah bertahun bacaan biasanya tinggi 140 ke atas...nampakya macam ada rawatan yang dia buat.. Sahabat berkongsi resepi tradisional yang belaiu amalkan selama sebulan..

1 biji epal
1 biji peria katak
1 batang saderi

Diblender dan diminum jusnya....agak-agak apa rasanya ya...?

Dalam supplemen Shaklee, apa yang boleh dicadangkan adalah Garlic dan Omegaguard. Harus diingatkan ia bukanlah ubat dan tidak bertujuan merawat..cuma ia membantu untuk badan lebih sihat yang boleh membantu mengurangkan kesan akibat bacaan darah yang tinggi..



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Ho Chi Min City mu tunggu aku datang..

Akhirnya sampai gak ke bandar Ho Chi Minh City, Vietnam..sesak juga keadaan bandar Saigon bila keluar dari airport..diuji pulak terkena ulat teksi sebab airport lebih utamakan group. Alhamdulillah juga daripada drebar 'B' tadi bawak lari, tinggal kat mana-mana ke..so caj dia 3kali ganda ok..takdan ambik gambar bandar dia sebab risau mana la dia nak bwk aku ni :)
Ramai juga orang Malaysia yang datang sini. Ha..siap-siaplah dengan Ostematrik ke, Advanced Joint ke sebagai persiapan shopping..takda la lutut sakit sangat..
Setakat ni gelumang je dalam bilik dulu, prepare nak kerja sat lagi. Makan pun apa yang ada je, jambu batu pun jambu batulah.
Kawan-kawan siap pesan pi shopping dekat je..hurm kena hati-hati ni.shopping pun pakai duit gaji je, duit Shaklee nak kumpul lebih sikit..
Matawang kat sini panggil Dong. Jauh beza jugak,tadi teksi kata 800 Dong.huih,berapa banyak tu :)
Setakat ni dulu gambar yang ada di Rex Hotel, HCMC Vietnam

Wednesday, November 26, 2014

Anak-anak kuat bertanya..bagaimana jawapan kita ibu bapa...?

Ingat tak pada iklan..Ayah..burung apa tu? Pipit sayang....dan ditanya berkali-kali oleh si anak..
Apa persediaan dan penerimaan kita jika memiliki anak seperti itu?...Jangan dipandang ringan dengan sikap anak kecil seperti ini.Dunia mereka sedang diteroka...sebanyak mungkin maklumat ingin mereka serap..

Anak-anak ku kesemuanya petah bertanya, amun cuba juga dijawab sebaik mungkin dan yang penting..JANGAN MENIPU..awas, perbuatan memberikan kenyataan palsu boleh menyebabkan salah faham dan anak tidak menghormati atau mempercayai kita lagi.

Anakku yang ke-3 pernah bertanya keadaan lampu jalan yang rosak..

Aniq : Abah..kenapa lampu ni rosak..

Abah : Orang tak datang baiki..

Aniq : Kenapa tak datang baiki?

Abah : Tak ada orang hantar..

Aniq : Kalau rosak, baikilah.....

Hurm begitulah dia....dan baru balik dari Seremban Isnin lepas, ada tiang lampu senget..

Ummi : Aniq, tengok tu tiang lampu senget..kena langgar..

Aniq : Tu bukan senget, tu ke bawah....

Rasa nak gelak pun ada, tapi betul juga..itu pandangan dia dari bahagian depan, tiang kelihatan kebawah...

Mungkin ini juga kelebihan Aniq mengambil supplemen Omegaguard...baru-baru ni semasa terpandang poster di tadika dalam sebuah surau (surau dibentuk supaya sesuai kelas tadika pada siangnya)..

Terdengar dia baca A,B, C sampai Z dan beberapa poster lain..alhamdulillah, dia dah kenal huruf..

Omegaguard ni mulanya ambil sebab dia selalu semput, pakejnya ampak dia dah boleh kenal huruf dan cara pemikirannya yang kreatif... :)


Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Kata-kata ibu sebagai doa..

Memiliki 5 orang anak agak mencabar, tambahan pula 4 lelaki...maknya pun tak boleh slow me 'low' hehe..
Setiap anak tu ada je kelainannya yang tersendiri. Yang perempuan lebih senang menurut, yang lelaki kena ada teknik baru kerja jalan..

Antara 5 orang anak ni, ada seorang yang agak manja. Kadang tu rasa macam ada kuota untuk menangis..hehe menangis untuk ummi dia ni dengar....bila dah merajuk Masyaallah, macam-macam janji perlu ditabur..gula lah, mainan lah....sekarang ni dah jarang tabur janji. Semasa Aniq meragam, aku akan peluk dia dari belakang dan cerita apa dia buat tu tak betul. Dah habis buat penjelasan, biarkan dia sorang-sorang untuk berfikir dan bertenang....

Anak-anak memang suka duduk atas pangku, jadi masa tu lah diambil peluang untuk bacakan Surah Al-Insyirah dan doakan baik-baik untuk mereka...doakan supaya mereka menjadi antara orang mendirikan solat, anak yang cemerlang dan bersemangat membuat segala perkara, menjauhi perkara dilarang...

 2 orang anak sudah hafal doa dari Surah Toha..untuk melembutkan hati..malu juga kalau anak suh umminya baca pulak.. Ummi tengah cuba menghafal, ummi kena makan Omegaguard ni untuk kuatkan ingatan hehe..

Ibu-ibu hati-hati apabila bercakap apatah lagi jika ada secawan air di depan. Air ni perakam yang sangat baik, ia akan record apa yang kita sebutkan.....dan selepas tu kita minum pulak air yang ada sifat negatif tadi....hurm, peringatan ya..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Apa hebatnya minyak ikan ni??

Apa hebatnya minyak ikan ni sampai demam satu Malaysia dok cerita pasal minyak ikan...khususnya minyak ikan keluaran Shaklee Omegaguard..kenapa tak beli je ikan kat pasar, masak dan makan...

Ya memang betul sumbernya daripada minyak ikan. Tapi berapa ekor ikan perlu kita masak untuk dapatkan khasiat yang cukup setiap hari? Tapi ini tak bermakna orang yang ambil supplemen Omegaguard anti pada ikan...ishhh...ikan Siakap masak 3 rasa sedap tu..kegemaran saya!

Ok cerita bab Omegaguard ni, apa yang istimewanya...sampai orang kata demam-demam pada bulan November 2014 ni. Haa yang bestnya bulan ni adalah bulan promo Omegaguard dimana dapat FREE 1 botol dengan harga RM136 daripada pembelian 6 botol...haa....untungkan...

Tahukah anda?
1000mg Omega Guard Shaklee mengandungi:
✅ EPA : 545mg
✅ DHA : 360mg
✅ Pharmaceutical Grade
Kandungan DHA yang tinggi mampu meningkatkan:
 Keupayaan ingatan dan pembelajaran
 Mencegah penyakit Alzheimer
 Memelihara penglihatan dan pendengaran
 Mencegah migrain
DHA juga adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina yang dapat membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dalam kandungan
Kajian telah membuktikan bahawa EPA & DHA mempunyai keupayaan untuk:
  • Mencegah insomnia
  • Menstabilkan emosi
  • Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia

Nak cuba Omega Guard Shaklee? Jom!!! 

Omegaguard ni memang kena ada stok kat rumah saya...untuk anak no.3 yang selalu kena semput.. La ni nak asingkan duit beli untuk 1 family..untuk anak-anak yang bersekolah sesuai sangatlah.. Untuk mak-mak yang selalu lupa kunci letak mana pun baguih jugak!
Testimoni omega guard bagus utk lututsharing dari seorang customer............mak saya hanya amalkan 1omega guard sebelum tido secara konsisten ogos 2013.hasilnya alhamdulillah menakjubkan dan sekarang mak saya memang nk konsisten makan dan utk abah pula saya sarankan 3untuk kadar kolestrolnya.apalah sgt omega guard sebulan jika dibandingkan dengan kesihatankitakan.kalau x sakitpun omega guardutk warga emas...utk cegah penyakit pelupa dan nyanyuk serta kesihatan jantung


Testimoni ni bukan merawat penyakit ya jangan salah faham, ia membantu mebngurangkan effect daripada keadadaan kita tak sihat kepada lebih baik...apapun pm untuk story panjang..



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Tuesday, November 25, 2014

Kurus...tak perlu bersenam??

Ya ke kurus tak perlu bersenam?...Nak buat apa senam ye tak...dah kurus...tapi kenapa Kevin Zahari  trainer glamer tu masih bersenam?...ha cuba google Kevin Zahari...Kurus tak semestinya kolestrol tak tinggi tau...sebaiknya buat ujian darah.  Selain, kolestrol, kita perlu aktifkan otot dan sel untuk oksigen masuk melalui senaman...oksigen yang cukup ke dalam sel dan otot yang aktif akan menjadikan badan kita segar...ayat mudahnya bila otot dan sel sentiasa dalam keadaan rehat, maknanya badan kita pun nak rehat je la.....nak disorong bantal je...


Bersenam juga dapat mengurangkan  kesan kesan stres terhadap badan apabila badan diarahkan untuk menggunakan gula dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Degan aktiviti senaman yang dilakukan, kita berhasil mengurangkan kandungan gula dan lemak larut dalam darah seterusnya berhasil mengelakkan enapan lemak dan kolesterol dalam salur darah. Aterosklerosis (dinding salur darah yang mengeras dan tersumbat) dapat dielakkan dengan cara ini.
Bersukan juga berupaya menjadikan individu periang dan ceria sepanjang hari. Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Dengan bersukan, badan akan menghasilkan sejenis 'precursor hormone' sejenis protein dalam darah yang bernama preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin, sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman. Oleh sebab itu, kita bisa merasakan keceriaan berpanjangan apabila kita melakukan senaman secara konsisten.

Ha...ini tips daripada Kevim Zahari kalau kita tak ada masa nak senam yang proper..yang sempurna kat gym ke, track ke...tapi dengan cara ni kalori masih dibakar..

  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
 



      7. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori. 
      8. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi   
          senaman yang bagus juga
      9. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar. 
    10. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara
          bersenam juga

Apalagi...jangan cari alasan!



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Susu..bila anak perlu berhenti?

Susu oh susu...bancuh siang dan malam...kalau anak 5 orang macam aku ni, yang sulung dah 8 tahun, yang kecil 2 tahun maknanya dah 5 tahun bangun tak kira tidur siang atau tidur malam untuk siapkan susu anak-anak...seronokkan....

Masa baru dapat baby pertama, aku mesti risau kalau anak tak bangun untuk minum susu. Tambahan pulak anak sulungku Afrina kena demam kuning...tidooo je kejenya....ada sekali dalam wad, pesakit katil depan dok jentik kaki baby aku dengan jari dia tapi dia tetap lena. Bila dah balik rumah, aku dok kejutkan dia supaya menyusu setiap 4 jam. Anak perempuan agak mudah, kalau maknya (saya la..) malas, mau kurus lah budak ni..

Cerita bab penyusuan ni, masa dapat baby ni aku agak lurus sikit. Dibiarkan menyusu botol sampai lah baby akan terlena. Nak diambil kesian...anak sulung lah katakan. Oleh kerana adik dia rapat 1 tahun, tabiat itupun berterusan....rupanya, tabiat ini lebih teruk daripada makan gula-gula. Teruk untuk perkembangan gigi.....gigi diorang kehitaman dan mudah rongak. Ada pulak yang tak patah habis dan jadi tunggul..erm, nak tunjukkan gambar diorang takda pulak. Tidur kat rumah mak long..sat google..

Ha...lebih kurang macam ni lah..tapi tunggul lagi susah nak tercabut. Kena injek dan Dr cabutkan...kalau dibiar boleh bengkak dan bernanah. Gigi adik-adik dia lebih cantik lagi walaupun ada skip daripada gosok gigi...

Anak-anak sampai umur 7 tahun menyusu botol lagi, kalau buh dalam cawan sikit je diorang minum...bertahan lah mata ni bangun malam untuk bancuh susu. Adakala gelak sorang-sorang bila scoop susu tak masuk dalam botol, kena kat tangan...adakala tertuang air dalam flusk kat tangan...heheh..macam-macam. Tapi yang bestnya aktiviti ni rasanya membantu untuk kurus..tu yang berat badan maintain sampai sekarang...

Susu pada ku sepatutnya berterusan, cuma botol atau cawan tu yang kena latih..anak-anak dah umur 8 tahun baru mula pakai cawan...setiap pagi yang penting secawan susu....

Aku sendiri dah rasa kesam kurangnya kalsium. Sakit di sendi-sendi, dulu pernah lah rasa nak menangis bila cangkung lama..nak jalan pun macam orang tua. Sekarang alhamdulillah dah makan Ostematrik, 4 biji sebelum tidur...dapat pakej tak kena sembelit lagi. Alhamdulillah sangat-sangat..yang penting nak beribadah dengan senang...nak pergi haji satu hari nanti, aminnn


Ostematrik kena makan 4 biji baru rasa selesa...sekarang dah tak perlu makan setiap hari...adakala selang sehari....sekarang ni nak kejar anak suh pakai baju pun dah takdak masalah...tak rugilah kalau mencuba..Ostematrik ni ada magnesium untuk elak mendapan kalsium menyebabkan batu karang..ini melalui pembacaanlah....jadi jom cuba..





Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Monday, November 24, 2014

Kesan pil perancang Episod 2

Kali ini aku nak cerita sambungan dari episod 1 kesan selepas aku ambil pil perancang D*****n. Episod 2 lebih kepada nak cerita bagaimana rawatan yang aku lalui..

Selepas menjawab 1 set soalan, Dr prescribe aku sebagai anxiety..agak teruk hasil daripada questionnaire tu. Aku perlu ke unit rehabilitasi..

Di unit rehabilitasi, pada sesi pertama Dr ajar aku teknik pernafasan dalam. Mudah je teknik ni, suami aku pernah ajar juga. Caranya adalah relax, boleh buat semasa duduk, baring atau berdiri..tarik nafas melalui hidung 4 saat, tahan 4 saat dan hembus panjang selama 8 saat..bayangkan udara yang diambil dan dihembus. Suami ajar semasa tahan nafas baca selawat syifa..disinilah tempat aku menjalani rawatan..

Teknik ni yang paling membantu untuk aku relax..aku juga selalu pasang surah Al-baqarah dan zikir sampai tertidur. Kalau siang aku akan zikir dan selalu buat kerja. tak berada 1 tempat dgn lama..

Opps, bateri nak habis. Next sharing kita cerita episod 3 ya..

Pelangi Balau Desaru, cuti tak dirancang

Baru-baru ni kami sekeluarga bermalam di Pelangi Balau Resort di Desaru. Segalanya tidak dirancang awal sebab kitorang cuma nak pergi kenduri kahwin saudara. Jadi dah jangkalah harga hotel agak tinggi. Memikirkan atoknya yang kurang sihat, puas jugalah google. Hotel Lotus boleh tahan mahalnya,ingatkan nak ambil juga tapi bila survey ramainya orang. Cari parking pun tak lepas.
Agak berat hati nak ambil Pelangi Balau sebab pelik harga murah banding tempat lain. Cuma yang nampak ok bila blogger cerita pasal kolam dia besar..hehe penting tu.
Akhirnya kami pilih juga Pelangi Balau Resort sebab badan pun dah penat. Kitorang pilih bilik family katil 1 queen 1 single. Aircond tak terasa mungkin sebab hari panas. Dah selesai check in, kitorang pi cari kolam dia.
Wah,boleh tahan..memang besar. Kedalaman je berbeza. Fathi yang 2 tahun pun seronok berendam termasuk mak abahnya,hehe..best jugak ada 3 slide. Kalau takut naik le yang paling tak curam..
Bila malam menjelma, macam biasa anak-anak keletihan. Aniq no 3 dah batuk-batuk, mujurlah bawak Omegaguard. Aku bagi sebiji untuk elak semput.
Ammar pulak tunjuk kaki dia yang gantal mintak disapu herbal blend. Malam baru terasa sejuk kena air cond. Apalagi, semua nyenyak keletihan..
Breakfast sini ok lah, ada 2 jenis makanan berat, buah dan roti bakar..

Sunday, November 16, 2014

Resepi roti sarang lebah home made

Meroti kali ke- 2,
Roti oh roti dah order kat jiran 2 bekas pun tak cukup-cukup. Dengan tak malunya mintak resepi nak sampai cukup semua 5 anak dan 1 ayah makan..hehe

Cubaan pertama agak tidak berjaya dari segi rasa. Agak mual..ingat tak buat lagi dah. Tapi bila kenangkan kesian jiran setiap hari dapat order, semalam meroti..ni resepi dia..

250ml air
1 bj telur
1 st garam
3 sb gula
2 sb susu tepung
3 sb planta
500gm tepung roti
1 st softener
1 st bread improver
1 peket mauripan

Jiran guna noxxa, kita tak dak..pakai apa yang ada je..

Untuk sos nya..

1 sudu butter
3 sudu gula perang
3 sudu susu cair

Bakar pada suhu 170 sehingga perang. Panas-panas tu curah dan hidang pada suami

Thursday, November 13, 2014

Kesan Pengambilan Pil Perancang..

Saya dah mula mengambil pil perancang ini sejak selepas melahirkan anak ke-2. Ini kerana jarak antara anak pertama dan kedua agak rapat, mengandung semula semasa baby baru berusia 4 bulan.. alhamdulillah...

Selepas melahirkan anak ke-2, saya mula mengambil pil perancang Noriday. Saya perlu makan sebiji setiap hari..saya ambil pil jenis ini juga untuk memastikan susu ibu masih mencukupi memandangkan anak ke-2 masih menyusu badan. Saya difahamkan, pil jenis diambil 21 hari dan rehat 7 hari boleh menyebabkan susu kering dengan cepat.

Saya banyak membuat rujukan dan bertanya doktor, dan saya tahu pil perancang ada kebaikan dan keburukannya dan tidak elok diambil melebihi  2 tahun..itu yang saya pernah terdengar daripada doktor di Kajang. Apabila mengetahui fakta itu, saya cuba untuk merancang sendiri dengan membuat kiraan kitaran haid. Nyata rezeki saya murah, saya ditakdirkan mengandung dengan erti kata lain perancangan saya secara sendiri GAGAL buat kali pertama..hehe.

Setelah lahir anak ke 3 dan ke 4, rezeki saya masih murah...akibat berjaga dengan pengambilan perancang dan merancang sendiri anak-anak saya usianya agak rapat. Selepas melahirkan anak ke-5, saya masih mengambil Noriday. Setelah mengalami keguguran pada kandungan ke-6, saya tekad untuk mengambil cucuk perancang 3 bulan. Period saya bercelaru, darah istihadah lebih 30 hari. Kebetulan pula pada masa itu bulan Ramadhan, selama 15 hari saya tidak dapat berpuasa....pada suatu malam, semasa sedang tidur saya terkejut akibat dada berdebar-debar...nafas saya pendek...hinggakan saya bertanya pada diri sendiri, Ya Allah adakah ini masanya..........................?
Beberapa hari kemudian saya membuat ujian darah, dan hasilnya tiada apa yang boleh membantu doktor membuat kesimpulan. Adakala rasa berdebar itu datang...2 ke 3 hari sekali dan menjadi semakin kerap. Pada masa itu saya mula bertukar kepada Desolon (kitaran 21 hari)..

Saya dapat berasakan badan saya tidak kena...tapi tak tahu kenapa. Saya juga telah menjalani ujian tiroid tetapi alhamdulillah hormon tiroid saya normal. Adakala badan saya seram sejuk dan diikuti debaran dan rasa hendak pitam terutama disebelah malam...sehingga suatu hari saya rasa berdebar-debar, seram sejuk dan tercungap-cungap semasa memandu ke tempat kerja. Doktor bertanya itu dan ini.....dihulurkan saya sejenis borang......bagaikan ujikaji. Berdasarkan kajian ringkas itu, doktor buat kesimpulan saya mengalami Anxiety. Keputusan ECG saya juga tidak menunjukkan sebarang petanda sakit jantung..agak aneh....tapi saya mula mengesyaki...Desolon...doktor mula refer saya ke Unit Rehabilitasi atau kesihatan minda.

Saya mula menjadi gelisah, pendiam, risau...adakala saya takut dengan diri sendiri. Otak saya selalu memikirkan perkara negatif....apabila saya runsing, saya akan segera membaca Al-Quran atau berzikir.....apabila anak kecil saya sedar saya tiada di bilik tidur, dia datang dan memeluk saya...seumpama memberikan saya sedikit kekuatan..saya terus berhentikan Desolon....saya ada ke Klinik Homeopati, syak saya semakin kuat apabila doktor homeopati juga berasakan hormon saya tidak stabil..

Saya berulang ke Klinik dan membuat rawatan minda...saya diajar bagaimana untuk bertenang. Adakala air mata ini mengalir..mengenangkan anak-anak saya seramai 5 orang yang masih kecil..Jantung saya berdebar tidak dapat dikawal..apa yang saya ingat, Doktor berpesan..Insyaallah, Allah bantu...kata-kata positif amat penting pada saya. Seakan memberikan suntikan semangat...saya teruskan mengambil Vitamin B dan tidak mengambil ubat Mulox yang saya rasakan itu untuk pesakit jiwa! Saya teruskan dengan vitamin lain yang biasa saya makan..Vitamin C, Multivitamin, susu ESP...

Hampir sebulan saya dapat rasakan badan saya beransur pulih, jiwa saya semakin tenang..Ya Allah...cukup teruji walau sebentar sahaja nikmat ketenangan itu ditarik. Saya sentiasa terfikir beginikah rasanya orang meroyan atau menopause....period saya masih belum mengiut kitaran yang betul seperti sebelum ini..namun, saya sentiasa bersyukur.....saya tidak mahu kembali kepada keadaan itu! Doakanlah saya....



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Saturday, October 18, 2014

10 Tanda Kanak-Kanak Kekurangan Nutrisi

 Seringkali dengar rungutan ibu bapa mengenai anak-anak yang cerewet makan??

Gula-gula dan aiskrim amat sinomim dengan kanak-kanak..

Adakah anak anda menggemar sejenis lauk sahaja??Takkan makan jika tiada telor goreng masak kicap? Takkan makan tanpa ayam goreng?
Takda kicap, tak mau makan?
Sayuran semua ditolak ke tepi..

Haaa..risau kan?...apalah khasiat yang anak kita dapat?

Merujuk kepada Pusat Kanak-Kanak JohnHopkins di US..

"Malnutrition is the condition that develops when the body is deprived of vitamins, minerals, and other nutrients it needs to maintain healthy tissues and organ function.

Malnutrition occurs in people who are either undernourished or overnourished. Today, in the U.S., more children suffer from malnutrition due to dietary imbalances rather than nutritional deficiencies.
Undernutrition occurs when not enough essential nutrients are consumed or when they are excreted more rapidly than they can be replaced. Overnutrition occurs in people who eat too much, eat the wrong things, don't exercise enough, or take too many vitamins or other dietary replacements. Risk of overnutrition is increased by being more than 20% overweight or consuming a diet high in fat and salt.
About 1% of children in the United States suffer from chronic malnutrition."


10 Tanda-tanda Kanak-Kanak Kekurangan Nutrisi..


1. Rambut -  Tidak bermaya, mudah putus, kering, mudah gugur.
 
2. Mata - Membran tidak bermaya, berbintik, kemerahan, lambat menyesuaikan diri dengan kegelapan.
3. Gigi dan gusi - Hilang gigi, gigi rosak, gusi mudah berdarah, bengkak
4. Muka -Tidak berseri, menggelupas, bersisik, kulit yg merekah.
5. Kelenjar - Bengkak pada bahagian tengkuk dan pipi.
6. Lidah - Bengkak, lembut, keungguan.
7. Kulit - Kering, kasar, berbintik, rasa kesat, tidak mempunyai lemak di bawah kulit.
8. Kuku - Berbentuk sudu, mudah patah, dan bergelang (ridget)
9.Organ dalaman - Kadar degupan jantung, tekanan darah dan keadaan jantung tidak normal, 
pembengkakan atau pembesaran hati dan limpa, sistem penghadaman yg tidak normal, mudah tersinggung,   kebingungan, kebas kaki dan tangan, ketidak seimbangan.
10. Otot dan Tulang - Penampilan otot yg kelihatan lemah, benjolan pada tengkorak ataupun hujung tulang, benjolan kecil pd tulang rusuk, kaki yg melengkung.
Kanak-Kanak yang kurang nutrisi juga mempunyai sikap cepat marah, lesu, kurang perhatian dan hiperaktif.
 Mealshake Shaklee telah diformulasi untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan nutrien dikalangan dewasa dan juga sesuai diambil oleh kanak-kanak..rasanya seperti vanila boleh dipelbagaikan cara pengambilannya supaya lebih menarik, sedap disamping mengekalkan khasiatnya..



1. Karbohidrat

Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah jadi penukaran kepada gula dalam darah adalah perlahan dan untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. 


2. Protein

Ha...mengandungi 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.

3. Vitamin A, C, E

Vitamin A, C dan E merupakan vitamin antioksidan yang mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. 

10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri Lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu, Meal Shakes,Vitamin untuk kanak-kanak, 10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu untuk Pertumbuhan dan Perkembangan

4. Serat

Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. 

10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri Lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu, Meal Shakes,Vitamin untuk kanak-kanak, 10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu untuk Pertumbuhan dan Perkembangan

5. Vitamin B

Meningkatkan fokus dan perhatian serta memelihara sistem saraf. 

6. Sodium dan Magnesium

Memberi keseimbangan kepada cecair dalam badan dan kurang rasa letih.

10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri Lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu, Meal Shakes,Vitamin untuk kanak-kanak, 10 Sebab Mengapa Meal Shakes Beri lebih Daripada Apa Yang Anak anda Perlu untuk Pertumbuhan dan Perkembangan 

7. Vitamin C

Memberi kesihatan kepada gusi, gigi dan kulit dan menentang infeksi kuman. 

8. Vitamin A

Vitamin A sangat bagus untuk kesihatan mata. 

9. Calcium dan Vitamin D

Penting untuk kesihatan dan perkembangan tulang.

10. Iron dan B12

Membantu dalam pembinaan sel-sel darah merah yang sihat




Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Friday, October 17, 2014

Awas!! Wanita Kuat Berleter Risiko Di Tinggalkan..!

Ha...buat apa nak berleter-leter, penat je..masalah pun tak selesai. Kalau kuat berleter, berisiko ditinggalkan untuk suami keluar mengeteh...tinggal masa membeli-belah...tinggalkan masa tengah makan...haaa....

Kasihan sungguh kepada surirumah sepenuh masa, kerja rumah ni kalau diikutkan lebih banyak daripada kerja pejabat...takkan habis. Kalau orang bekerja, sekurang-kurang nya boleh bersosial dengan kawan-kawan, tapi surirumah....harapkan pada anak-anak dan suami je lah..masa bersama untuk bersantai dengan suami terhad pulak tu. Surirumah kalau tak sabar melalui ujian dirumah, bakal mengundang masalah pada emosi dan mental. Jadi para surirumah, ambil masa manjakan diri!

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

1.    Minum banyak air suam!
 
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?...berapa banyak yang diperlukan? 1 jug..? 2 mug..?


Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air atau 8 gelas sehari. Bukankah lebih 80% daripada tubuh kita terdiri daripada cecair? Jangan pandang rendah, air penting untuk memastikan organ dalam badan kita tidak kekeringan dan menjejaskan fungsinya!


air
                                                                                                                     
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.



3.  Supplemen


Keperluan supplemen   jangan dipandang remeh..surirumah biasanya akan kurang selera selepas penat memasak dan mengemas rumah. Kadangkala tak lalu makan hasil masakan sendiri..biasa ni jadi pada diri sendiri. Mungkin proses penyediaan membuatkan kita rasa agak mual...

Pernah sekumpulan Doktor Pelatih membuat kajian di taman tempat saya tinggal, dan hasil kajian mendapti lebih 50% surirumah mengalami masalah hipertensi!

Untuk wanita, digalakkan mengambil supplemen seperti GLA


Ada seorang customer yang merupakan isteri kepada kawan sekerja, setelah 2 bulan mengambil GLA bersama Vitamin B ibunya sendiri memuji dengan seri yang ada pada wajahnya!

Ada beberapa pilihan lain untuk melengkapkan keperluan nutrien wanita. Protein juga berperanan penting, pembentukan kulit, rambut dan kuku yang sihat semuanya memerlukan protein!
4. Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?


5.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.





6.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih



7.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.



8.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.




9.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



10.   Jangan cepat risau, be happy!
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


**opps....terpilih Anuar Zin pulak....cuma mengambil contoh kemurahan dia dalam senyuman..

11.    Ketawa penghibur duka

 
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. Sekurang-kurangnya senyumlah menampakkan gigi!


Dalam keadaan gembira, hormon positif kan dikeluarkan yang mana ianya juga baik untuk tubuh! Ha...cuba 'rasa' bagaimana kita memandang wajah-wajah dibawah ini....yang mana ceria dan menceriakan?...  :)






**Sumber PUSPANITA

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Friday, October 3, 2014

7 MANFAAT SUSU ESP KEGILAAN RAMAI

Amboi, tajuk ke main. Jangan marah tau...
Untuk lontaran sejenak, cuba imbas bentuk protein yang kita biasa ambil ..

Ikan yang kebanyakannya diimport, tak tau berapa lama dibeku sebelum dijual..

Daging juga banyak diimport, disejuk beku entah berapa lama kemudian kita beli untuk jadikan makanan dirumah

Nugget dan hot dog yang diproses dan dicampur perisa makanan yang entah berapa banyak, dan kita goreng lagi menggunakan minyak yang ulang-kali telah diguna

Hurm...adakah protein kita ambil tu berkualiti?

Susu ESP Shaklee menggunakan soya tidak diubah genetiknya. Pengubahsuaian genetik ni biasa dibuat tanaman seperti cili, supaya warna lain daripada merah akan terhasil. Gen menentukan bentuk kehidupan..kesannya pada manusia belum diketahui. Agaknya lah kalau gen tu memberi kesan jadi aww ke, jadi pelupa ke..haduh..transform jadi lawa tak pa lah..

Setiap 1 tin 850gm dibuat daripada 30kilo kacang soya! Yang bestnya ada 9 asid amino penting yang badan manusia tak boleh hasilkan. Bukan tu saja, ada 5 vitamin dan 4 jenis mineral.

Satu hidanan bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan mudah diserap. Agak-agaknya, lepas pekena secawan kenyang tak agaknya?

Patutlah Susu ESP juga menjadi pilihan orang berdiet. Pengidap kencing manis pun sesuai mengambilnya sebab Indeks Glisemik 39, rendah..jadi ia lambat memecah gula ke dalam darah!