Thursday, November 13, 2014

Kesan Pengambilan Pil Perancang..

Saya dah mula mengambil pil perancang ini sejak selepas melahirkan anak ke-2. Ini kerana jarak antara anak pertama dan kedua agak rapat, mengandung semula semasa baby baru berusia 4 bulan.. alhamdulillah...

Selepas melahirkan anak ke-2, saya mula mengambil pil perancang Noriday. Saya perlu makan sebiji setiap hari..saya ambil pil jenis ini juga untuk memastikan susu ibu masih mencukupi memandangkan anak ke-2 masih menyusu badan. Saya difahamkan, pil jenis diambil 21 hari dan rehat 7 hari boleh menyebabkan susu kering dengan cepat.

Saya banyak membuat rujukan dan bertanya doktor, dan saya tahu pil perancang ada kebaikan dan keburukannya dan tidak elok diambil melebihi  2 tahun..itu yang saya pernah terdengar daripada doktor di Kajang. Apabila mengetahui fakta itu, saya cuba untuk merancang sendiri dengan membuat kiraan kitaran haid. Nyata rezeki saya murah, saya ditakdirkan mengandung dengan erti kata lain perancangan saya secara sendiri GAGAL buat kali pertama..hehe.

Setelah lahir anak ke 3 dan ke 4, rezeki saya masih murah...akibat berjaga dengan pengambilan perancang dan merancang sendiri anak-anak saya usianya agak rapat. Selepas melahirkan anak ke-5, saya masih mengambil Noriday. Setelah mengalami keguguran pada kandungan ke-6, saya tekad untuk mengambil cucuk perancang 3 bulan. Period saya bercelaru, darah istihadah lebih 30 hari. Kebetulan pula pada masa itu bulan Ramadhan, selama 15 hari saya tidak dapat berpuasa....pada suatu malam, semasa sedang tidur saya terkejut akibat dada berdebar-debar...nafas saya pendek...hinggakan saya bertanya pada diri sendiri, Ya Allah adakah ini masanya..........................?
Beberapa hari kemudian saya membuat ujian darah, dan hasilnya tiada apa yang boleh membantu doktor membuat kesimpulan. Adakala rasa berdebar itu datang...2 ke 3 hari sekali dan menjadi semakin kerap. Pada masa itu saya mula bertukar kepada Desolon (kitaran 21 hari)..

Saya dapat berasakan badan saya tidak kena...tapi tak tahu kenapa. Saya juga telah menjalani ujian tiroid tetapi alhamdulillah hormon tiroid saya normal. Adakala badan saya seram sejuk dan diikuti debaran dan rasa hendak pitam terutama disebelah malam...sehingga suatu hari saya rasa berdebar-debar, seram sejuk dan tercungap-cungap semasa memandu ke tempat kerja. Doktor bertanya itu dan ini.....dihulurkan saya sejenis borang......bagaikan ujikaji. Berdasarkan kajian ringkas itu, doktor buat kesimpulan saya mengalami Anxiety. Keputusan ECG saya juga tidak menunjukkan sebarang petanda sakit jantung..agak aneh....tapi saya mula mengesyaki...Desolon...doktor mula refer saya ke Unit Rehabilitasi atau kesihatan minda.

Saya mula menjadi gelisah, pendiam, risau...adakala saya takut dengan diri sendiri. Otak saya selalu memikirkan perkara negatif....apabila saya runsing, saya akan segera membaca Al-Quran atau berzikir.....apabila anak kecil saya sedar saya tiada di bilik tidur, dia datang dan memeluk saya...seumpama memberikan saya sedikit kekuatan..saya terus berhentikan Desolon....saya ada ke Klinik Homeopati, syak saya semakin kuat apabila doktor homeopati juga berasakan hormon saya tidak stabil..

Saya berulang ke Klinik dan membuat rawatan minda...saya diajar bagaimana untuk bertenang. Adakala air mata ini mengalir..mengenangkan anak-anak saya seramai 5 orang yang masih kecil..Jantung saya berdebar tidak dapat dikawal..apa yang saya ingat, Doktor berpesan..Insyaallah, Allah bantu...kata-kata positif amat penting pada saya. Seakan memberikan suntikan semangat...saya teruskan mengambil Vitamin B dan tidak mengambil ubat Mulox yang saya rasakan itu untuk pesakit jiwa! Saya teruskan dengan vitamin lain yang biasa saya makan..Vitamin C, Multivitamin, susu ESP...

Hampir sebulan saya dapat rasakan badan saya beransur pulih, jiwa saya semakin tenang..Ya Allah...cukup teruji walau sebentar sahaja nikmat ketenangan itu ditarik. Saya sentiasa terfikir beginikah rasanya orang meroyan atau menopause....period saya masih belum mengiut kitaran yang betul seperti sebelum ini..namun, saya sentiasa bersyukur.....saya tidak mahu kembali kepada keadaan itu! Doakanlah saya....



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment