Saturday, January 11, 2014

Semput di kalangan kanak-kanak

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
     
Sejak raya 2013, Aniq dah lama tak pekena asap..atau nebulizer. Sehari sekali, aku akan picitkan satu kapsul Omegaguard mengikut rujukan testimoni sebelum ni. Mula-mula aku konsisten bagi setiap malam.

Masa mula-mula kena, Aniq batuk-batuk yang aku sangka batuk biasa. Aku bagi madu..tapi tak kurang. Batuk budak semput ni kering..macam tak lepas dan berterusan. Aniq menangis sahaja, tak cakap apa-apa. Seingat aku, aku hantar dia ke klinik esok paginya. Terus kena nebulizer. Dulu aku pernah keje klinik. Jadi berdarkan pengalaman yang ada aku paham lah apa yang doktor buat. Sejak tu, aku agak trauma kalau dia batuk. Jadilah adegan ke klinik pukul 2 pagi sebab tak sufe bila dia kena attack.

Aniq tak boleh ketawa berlebihan, menangis berlebihan. Jadi dia dimanjakanpun berlebihan. Serangan terakhir adalah selepas dia naik alat senaman dengan abah dia..jadi elakkan anak-anak yang ada tanda semput ni..
1. Terlalu aktif
2. Ketawa lebih
3. Terlalu lama selsema atau demam
4. Menangi lama

Oleh sebab dah selesa dekat 5 bulan dia tak kena semput, aku pun leka la tak bagi lagi omegaguard. Hinggalah dia kena serang lagi baru-baru ni Jan 2014.Aku ada terbaca memang minyak ikan ni boleh kurangkan semput. Jadi boleh lah kita cuba..

Antara petua lama adalah lendir belut. Jadi kalau ada belut menherah diri, mungkin itu penawar yang Allah beri. Caranya adalah
1. Sapu beras pada badan belut. Beras tu keringkan dan masak jadi bubur
2. Sapukan roti dan beri anak makan. Buh la jem strawberi ke bagi sedap !

Sunday, January 5, 2014

Cabaran penyusuan untuk bayi tercinta...

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Setiap ibu menyusu memiliki pengalaman masing-masing yang unik dan adakala aneh. Daripada 5 orang anak, seorang berjaya melepasi usia 1 tahun. Memecah rekod abangnya 8 bulan...itupun sebab ummi terpaksa tinggalkan dia sebab pergi oversea..

Anak yang pertama hanya 4 bulan sebab kami suami isteri dimasukkan wad akibat denggi. Masa tu aku tak tau bab pumping nih..erm rasa sayangg...naif nya ketika itu. 


Aku hanya dapat kongsikan tip dan pengalaman berdasarkan apa yang aku lalui. Daripada pembacaan, aku tahu banyak cara untuk tambah susu, mengatasi bengkak dan sebagainya. Tetapi aku tak pernah jumpa apa yang aku hadapi...

Antara cabaran dalam penyusuan adalah :

1. Bengkak susu

Waduhh..memang gawat. Aku merasa setiap 5 kali kelahiran...pam lah macamana pun, macam tersumbat. Kalau baby hisap, masya allah....bengkaknya memang boleh bawak ke demam. Orang tua bagi petua, sikat perlahan-lahan..buh daun kubis....aku buat sekadar menyedapkan hati..

2. Luka

Erm....errr...tak terkata kalau dah kena. Selalunya disebabkan cara hisap bayi yang tak betul. Tapi macamana kita nak betulkan ye tak.. sapu dengan air susu, jangan bubuh gamat pulak! Tapi kalau itu menyedapkan hati..buh lah. tapi lap sebelum menyusu..Kalau tak tahan, rehatkan tapi pam....boleh rehatkan 24 jam. Dalam sehari kena ada sekali dia hisap...susu yang dipam tadi beri pada bayi melalui sudu..kalau tak hadapi cabaran ke-3..

3. Keliru puting..

Ini kalau dah kena ambik masa juga..heee. Kena sabar, ye....sabar walaupun belakang sampai kebas. Memang dia akan nangis...buat masa dia tengah betul2 lapar. Jangan lama sangat ye, cuba perlahan-lahan. Pengalaman saya, ada sampai 2 minggu baru dia dapat balik ilmu tu. Huhu...sambung puting?..menjadi jugak tau anak pertaman. Bila dia dah dapat hisap, cpeat2 ketepikan puting tiruan. Jangan buh madu ye!

4. Blister

Saya tak tahu kalau ada orang pernah alami. Bila disemak, tak ada luka pun....lekapan semua ok. Tapi kalau masa mengepam dan nampak bintik putih macam kulit nipis area tu, itu lah blister. Pada saya benda ni susah nak baik ya. Dia akan menurun pulak tuh..huhu....tahanlah sakit sampai badan kita akan kebal sendiri..hehe. Macam situasi luka, kalau tak tahan selang seli dengan mengepam.

5. Kurang susu

Erm yang ni aku kurang pengalaman jika berlaku diawal selepas seminggu. Sehari dua memang biasa..tapi kalau dah seminggu, aku tak pernah alami. Teori aku, mungkin pemakanan kurang khasiat terutama yang berpantang secara ketat..kurang makan sayur. Kurang minum air.

Teori aku yang terbaru adalah disebabkan hormon prolaktin kurang...nape dia boleh kurang ye? ...kurang sikit mungkin biasa tapi kalau kurang sangat better check double line. Heheh..tapi ini agakan aku lah..

Apa yang biasa aku suggest adalah minum cukup air at least 2 liter. Makan makanan berkhasiat, cukup kalsium..Pam selepas bf dan kalau boleh cuba power pumping..

Kalau nak cuba set BF Shaklee pun boleh. Senang, tak yah makan sepinggan sayur, telan je tablet dia yang padat. Kita ada sumber protein daripada ESP, sayur-mayur menjadi tablet Viatela, B-compleks untuk bagi tenaga, ALfalfa untuk booster dan Ostematrik untuk sumber kalsium..


Pada hari ini, Fathi Yakan dan berusia 1 tahun 2 bulan...

Alhamdulillah dia masih mengempeng malam-malam dengan umminya. Tengok tu...berkilau gigi dia dah tumbuh. Erm, mesti gusi gatal dan 'tajammm'...