Saturday, September 27, 2014

Menyesal kenal Shaklee...tak terlewat

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Menyesal..menyesal kenal Shaklee agak lambat....ingat lagi antara post yang menarik perhatian adalah daripada testimoni yang kawan tunjuk. Seorang ibu yang memiliki kulit dan wajah yang berseri ..dengan SET MENYUSU...ya Set Menyusu......

Kebetulan pula masa tu baru habis tempoh berpantang. Anak 4 orang sebelum ni menyusu tak lama....bukan sebab tiada susu, tapi ada ujian yang lain..Bekerja sebagai penjawat awam menyebabkan masa agak penuh, terkejar-kejar nak pam susu..tapi alhamdulillah, sempat curi masa sambil melayan ma'thurat atau Candy Crush hehe...tapi Candy Crush ni tak sesuai la masa mengepam..sakit kepala jadinya..selesai mengepam, terus ambil 3 biji Alfalfa sebagai milk booster..

Ini pam kesayanganku...jenis swing, single..ia akan mengurut dulu supaya merangsang kelancaran susu..Beg Mengepam bagaikan kawan rapat..mesti ada pam, corong, botol...kalau cooler takda, masih selamat lagi. Simpan dalam peti ais kat pejabat..

Mulanya tak terfikir pun nak jadi agen jualan, tapi disebabkan kesan yang baik pada diri sendiri dan keluarga..jadi bersemangat nak sebarkan kebaikan pada orang lain...

Set Menyusu ni pun ada tablet kalsium, alhamdulillah...sakit sendi berkurangan dan hilang..kalau tak makan, ia akan datang sakit semula...

Menjadi ibu pada 5 orang anak dan 1 orang suami agak menguji ketangkasan dan kreativiti..masa pergi kerja pulak adalah waktu paling kritikal nak meyiapkan diorang. Adakala, badan ni cepat rasa letih dan mengantuk.....tapi bila ambil set ni, badan rasa bertenaga dan takda la menguap je pagi-pagi....
Ngantuk yang tak tertahan...walaupun tidur cukup 8 jam..hehe macam bayi..

Bila ada masa, akan join jualan kat rumah..nak menyebarkan kebaikan produk...




Ini aktiviti pagi tadi, secara tak langsung dapat kenal mengenal jiran tetangga...sementara tu anak-anak seronok main basikal..

Haaa..meriah kan...macam-macam ada....









Kebas tangan..bahayakah??

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Sejak menjak ni rasa kebas pula di hujung tangan...sebelum ni dah jumpa doktor, katanya mungkin akibat lama menaip. Mungkin ada kebenarannya...bertugas di pejabat memerlukan mengadap komputer sepanjang tempoh kerja...kebanyakannya menaip.

Bila di selidik lanjut, 
  • Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation).
  • Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.
  • Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
  • Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
 Tanda-tanda ini memang aku alami...risau juga kalau ia berlanjutan..macamana kebas-kebas ni berlaku. Wanita berisiko 10 kali ganda daripada lelaki tau!
Adakah disebabkan wanita lebih banyak buat kerja rumah daripada lelaki?.....haa jangan marah....

Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc'
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Hasil ujian darah yang aku buat di Az-Zahrah menunjukkan  bacaan yang baik..tiada yang perlu dirisaukancuma kolestrol agak tinggi.Erm, mana taknya masa muda-muda dulu selera betul..coklat..kek...favourite..(erm sekarang masih muda lagi.. hehehe)

Rasa kebas ini lebih kepada punca 2 dan 6....sebab hasil pembacaan, Vitami B ni amat berkait rapat dengan kesihatan saraf...Ini kena khusyuk balik makan Vitamin B!

Pembaca sekalian, doakan saya berjaya dengan usaha saya ini ya...Vitamin B selain Vitamin C, Kalsium dan Lecithin yang memang saya amalkan..tunggu updatenya ya!






Friday, September 26, 2014

Penapis Shaklee tapis air teh O Salak Tinggi??

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Hari ni 26 Sept 2014 agak lambat turun ke dapur..agak malas sedikit. Asalnya nak ajak family makan roti canai je kat luar..Tapi bila difikir semula riuh-rendah makan dengan 5 anak-anak comel, hurm....singsing lengan jugalah...

Bila jengah je air suam dalam cerek , resah juga sebab dah susut...baik cepat-cepat masak air. Bukalah paip seperti biasa....syruuuuu.....

Amboi! Macam air teh O air kat Salak Tinggi malam ni ...alamak...macamana ni, nak kena masak air.Nanti bising budak-budak mintak susu......haa nilah rupanya air malam ni...




Mata terkerling pulak kat penapis Shaklee....boleh try ke ni??? biasanya tak lah sekeruh ni....ni saja alternatif yang ada...jom masukkan air..





Lepas tu kita tunggulah hasilnya.....sementara tu tangan terus potong bawang, goreng telur...nak buat telur kicap je la...sambil goreng telur sempat jugak kerling hasil tapisan tadi...hurm, dapat tak masak air malam ni...

Wah!!!! Ini sudah bagus....air paip macam teh O tadi dah jernih semula..Haaaa....apalagi, tapis 2 round untuk penuhkan tempat masak air..hurm, tak sangka penapis simple macam ni boleh jernihkan semula air paip yang keruh...nak cuci penapis ni pun mudah je tu...yang penting rendam dulu filter comel dia 1 jam..untuk keluarkan karbon yang mudah tanggal, nanti kita pulak tertelan..


Simple je komponen penapis Shaklee ni...ada petunjuk bil perlu tukar.Jom baca sikit tentang penapis ni..


Memperkenalkan Air Get Clean®

Kod Produk:52114
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Ha....saya suka sangat bawak kalau pergi bercuti atau jalan jauh...mana nak dapat air bersih kan. Takkan nak beli je...Duduk hotel pun tapis lagi airnya...

Ha..berbaloi-baloi memilikiya..

Sekeluarga kenyang dengan telur kicap dan ikan selar goreng :)