Friday, April 11, 2014

Panduan mengambil vitamin

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Berikut adalah panduan pengambilan Vitamin supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Rujukan Wikipedia :

a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.

b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.
Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.
"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.

d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.
Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.

e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.

Sumber Vitamin daripada makanan

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.

Namun, anda juga perlu tahu dos yang diperlukan contohnya untuk keperluan Vitamin C harian, sebanyak 28 biji buah oren perlu dimakan bagi mencukupkan keperluan harian....erm bagaimana ya??

Ada seorang doktor mengesyorkan supaya makan 1 kg sayuran setiap hari...hurmm...bukankan vitamin penyelesaian baih kerana padat dengan khasiat


i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Beza Vit C Chewable dan Sustain Release Shaklee

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**


Vit C Chewable atau Jenis Sustain Release (SR)?
Sebelum ni saya ingat Chewable (kunyah) untuk kanak-kanak, SR untuk dewasa..rupanya begini..
Dalam Shaklee, Vit C jenis Chewable mengandungi 100mg Vut C manakal jenis Sustain Release 500 mg. Sustain Release maksudnya Vit C dilepas perlahan-lahan terus dalam aliran darah...so sepanjang masa sel mendapat khasiat Vit C!

Mengikut Dr. Zubaidi, keperluan
kanak-kanak 1-3 tahun tak lebih 400mg
kanak-kanak 4-8 tahun tak lebih 650mg
usia 9 tahun ke atas tidak melebihi 1200 mg

Orang menghisap roko perlu lebih 45gm daripada dos biasa
Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg)mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah.
Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!

Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
Lebih mudah dikunyah.
Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.