Tuesday, November 25, 2014

Kurus...tak perlu bersenam??

Ya ke kurus tak perlu bersenam?...Nak buat apa senam ye tak...dah kurus...tapi kenapa Kevin Zahari  trainer glamer tu masih bersenam?...ha cuba google Kevin Zahari...Kurus tak semestinya kolestrol tak tinggi tau...sebaiknya buat ujian darah.  Selain, kolestrol, kita perlu aktifkan otot dan sel untuk oksigen masuk melalui senaman...oksigen yang cukup ke dalam sel dan otot yang aktif akan menjadikan badan kita segar...ayat mudahnya bila otot dan sel sentiasa dalam keadaan rehat, maknanya badan kita pun nak rehat je la.....nak disorong bantal je...


Bersenam juga dapat mengurangkan  kesan kesan stres terhadap badan apabila badan diarahkan untuk menggunakan gula dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Degan aktiviti senaman yang dilakukan, kita berhasil mengurangkan kandungan gula dan lemak larut dalam darah seterusnya berhasil mengelakkan enapan lemak dan kolesterol dalam salur darah. Aterosklerosis (dinding salur darah yang mengeras dan tersumbat) dapat dielakkan dengan cara ini.
Bersukan juga berupaya menjadikan individu periang dan ceria sepanjang hari. Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Dengan bersukan, badan akan menghasilkan sejenis 'precursor hormone' sejenis protein dalam darah yang bernama preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin, sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman. Oleh sebab itu, kita bisa merasakan keceriaan berpanjangan apabila kita melakukan senaman secara konsisten.

Ha...ini tips daripada Kevim Zahari kalau kita tak ada masa nak senam yang proper..yang sempurna kat gym ke, track ke...tapi dengan cara ni kalori masih dibakar..

  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
 



      7. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori. 
      8. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi   
          senaman yang bagus juga
      9. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar. 
    10. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara
          bersenam juga

Apalagi...jangan cari alasan!



Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment