Wednesday, November 26, 2014

Kata-kata ibu sebagai doa..

Memiliki 5 orang anak agak mencabar, tambahan pula 4 lelaki...maknya pun tak boleh slow me 'low' hehe..
Setiap anak tu ada je kelainannya yang tersendiri. Yang perempuan lebih senang menurut, yang lelaki kena ada teknik baru kerja jalan..

Antara 5 orang anak ni, ada seorang yang agak manja. Kadang tu rasa macam ada kuota untuk menangis..hehe menangis untuk ummi dia ni dengar....bila dah merajuk Masyaallah, macam-macam janji perlu ditabur..gula lah, mainan lah....sekarang ni dah jarang tabur janji. Semasa Aniq meragam, aku akan peluk dia dari belakang dan cerita apa dia buat tu tak betul. Dah habis buat penjelasan, biarkan dia sorang-sorang untuk berfikir dan bertenang....

Anak-anak memang suka duduk atas pangku, jadi masa tu lah diambil peluang untuk bacakan Surah Al-Insyirah dan doakan baik-baik untuk mereka...doakan supaya mereka menjadi antara orang mendirikan solat, anak yang cemerlang dan bersemangat membuat segala perkara, menjauhi perkara dilarang...

 2 orang anak sudah hafal doa dari Surah Toha..untuk melembutkan hati..malu juga kalau anak suh umminya baca pulak.. Ummi tengah cuba menghafal, ummi kena makan Omegaguard ni untuk kuatkan ingatan hehe..

Ibu-ibu hati-hati apabila bercakap apatah lagi jika ada secawan air di depan. Air ni perakam yang sangat baik, ia akan record apa yang kita sebutkan.....dan selepas tu kita minum pulak air yang ada sifat negatif tadi....hurm, peringatan ya..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment