Monday, November 24, 2014

Kesan pil perancang Episod 2

Kali ini aku nak cerita sambungan dari episod 1 kesan selepas aku ambil pil perancang D*****n. Episod 2 lebih kepada nak cerita bagaimana rawatan yang aku lalui..

Selepas menjawab 1 set soalan, Dr prescribe aku sebagai anxiety..agak teruk hasil daripada questionnaire tu. Aku perlu ke unit rehabilitasi..

Di unit rehabilitasi, pada sesi pertama Dr ajar aku teknik pernafasan dalam. Mudah je teknik ni, suami aku pernah ajar juga. Caranya adalah relax, boleh buat semasa duduk, baring atau berdiri..tarik nafas melalui hidung 4 saat, tahan 4 saat dan hembus panjang selama 8 saat..bayangkan udara yang diambil dan dihembus. Suami ajar semasa tahan nafas baca selawat syifa..disinilah tempat aku menjalani rawatan..

Teknik ni yang paling membantu untuk aku relax..aku juga selalu pasang surah Al-baqarah dan zikir sampai tertidur. Kalau siang aku akan zikir dan selalu buat kerja. tak berada 1 tempat dgn lama..

Opps, bateri nak habis. Next sharing kita cerita episod 3 ya..

No comments:

Post a Comment