Friday, October 17, 2014

Awas!! Wanita Kuat Berleter Risiko Di Tinggalkan..!

Ha...buat apa nak berleter-leter, penat je..masalah pun tak selesai. Kalau kuat berleter, berisiko ditinggalkan untuk suami keluar mengeteh...tinggal masa membeli-belah...tinggalkan masa tengah makan...haaa....

Kasihan sungguh kepada surirumah sepenuh masa, kerja rumah ni kalau diikutkan lebih banyak daripada kerja pejabat...takkan habis. Kalau orang bekerja, sekurang-kurang nya boleh bersosial dengan kawan-kawan, tapi surirumah....harapkan pada anak-anak dan suami je lah..masa bersama untuk bersantai dengan suami terhad pulak tu. Surirumah kalau tak sabar melalui ujian dirumah, bakal mengundang masalah pada emosi dan mental. Jadi para surirumah, ambil masa manjakan diri!

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

1.    Minum banyak air suam!
 
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?...berapa banyak yang diperlukan? 1 jug..? 2 mug..?


Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air atau 8 gelas sehari. Bukankah lebih 80% daripada tubuh kita terdiri daripada cecair? Jangan pandang rendah, air penting untuk memastikan organ dalam badan kita tidak kekeringan dan menjejaskan fungsinya!


air
                                                                                                                     
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.



3.  Supplemen


Keperluan supplemen   jangan dipandang remeh..surirumah biasanya akan kurang selera selepas penat memasak dan mengemas rumah. Kadangkala tak lalu makan hasil masakan sendiri..biasa ni jadi pada diri sendiri. Mungkin proses penyediaan membuatkan kita rasa agak mual...

Pernah sekumpulan Doktor Pelatih membuat kajian di taman tempat saya tinggal, dan hasil kajian mendapti lebih 50% surirumah mengalami masalah hipertensi!

Untuk wanita, digalakkan mengambil supplemen seperti GLA


Ada seorang customer yang merupakan isteri kepada kawan sekerja, setelah 2 bulan mengambil GLA bersama Vitamin B ibunya sendiri memuji dengan seri yang ada pada wajahnya!

Ada beberapa pilihan lain untuk melengkapkan keperluan nutrien wanita. Protein juga berperanan penting, pembentukan kulit, rambut dan kuku yang sihat semuanya memerlukan protein!
4. Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?


5.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.





6.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih



7.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.



8.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.




9.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



10.   Jangan cepat risau, be happy!
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


**opps....terpilih Anuar Zin pulak....cuma mengambil contoh kemurahan dia dalam senyuman..

11.    Ketawa penghibur duka

 
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. Sekurang-kurangnya senyumlah menampakkan gigi!


Dalam keadaan gembira, hormon positif kan dikeluarkan yang mana ianya juga baik untuk tubuh! Ha...cuba 'rasa' bagaimana kita memandang wajah-wajah dibawah ini....yang mana ceria dan menceriakan?...  :)






**Sumber PUSPANITA

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment