By Leen Cqah Amni in Surijunior for SHAKLEE (Files) ·
Bengkak Payudara
Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang, sakit dan susu tidak mengalir.
Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh. Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya mengikut keperluan bayi.
Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.
Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.
Pengendalian Bengkak Payudara
Jika berurut, maklumkan pada tukang urut supaya tidak perlu urut untuk banyakkan susu...urut tambah susu pada hari ke tiga dan ke atas selepas bengkak susu berlaku. Ini berlaku pada saya, pada anak ke-5 tukang urut yang tanya selalu bengkak susu atau tidak. Maka dia tidak akan melakukan urutan tersebut..
Me myself....
Anak-anak saya rajin offer kulit kubis setiap pagi selepas mandi..kulit kubis ini sejuk dan akan mengurangkan kelancaran penghasilan susu untuk menambah lagi bengkak
Petua orang lama adalah menyisir payudara dengan sikat untuk melancarkan pengaliran susu
Bersihkan nipple kerana kemungkinan ada 'kerak' yang menghalang susu keluar
***Jika nipple crack atau luka, jangan paksa untuk anak menghisap...selang-seli dengan mengepam. letakkan susu setiap kali selepas pam atau penyusuan. Jangan bubuh minyak gamat/steroid/ubat kuning dll!
********************************************************************************
- Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
- Mengurangkan ketidakselesaan ibu
- Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan bengkak bernanah
- Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
- Memastikan bayi boleh menerima susu ibu
- Periksa pelekapan : Adakah bayi melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
- Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
- Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.
- Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.
- Lakukan tuaman suam (tuala lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air suam boleh merangsang pengaliran susu.
- Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan juga boleh merangsang pengaliran susu.
- Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya jika besar
- Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi.
- Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara sewaktu bayi tidak menyusu
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
TQ Tuan/Puan singgah di blog saya..moga info saya membantu penyusuan ekslusif
Delete