Friday, September 20, 2013

Anda Penyelaras (Harmonizer)

Anda Penyelaras (Harmonizer)

Terasa pulak nak buat ujian personaliti...inilah hasilnya...hehe

Anda positif, bersemangat dan mempunyai rasa humor yang menyenangkan. Segalanya adalah tentang menikmati kehidupan dan sesekali melupakan kekangan diri anda!
Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru.
Anda kelihatan cukup selesa dengan keadaan anda sekarang—baguslah! Anda pastinya mempunyai sikap yang amat santai. Bukan mudah untuk membuatkan anda tertekan.
Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.
Anda ingin memperuntukkan waktu yang tenang secara tetap untuk mendengar suara dalaman anda. Bersendirian di kawasan terbuka merupakan peluang yang baik untuk anda berhubung dengan perkara yang benar-benar penting. Pastikan anda tidak mengabaikan keperluan kerohanian anda dan meluangkan masa untuk 'Masa Saya' seberapa kerap yang boleh.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**

No comments:

Post a Comment