Wednesday, June 11, 2014

Keguguran dan cara menghadapinya..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**
 
*Tips ini bukanlah daripada pakar perbidanan. Sekadar sharing berdasarkan pengalaman..sememangnya semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Terima kasih pada suami yang sanggup menunggu sepanjang proses DNC

SEBELUM
1. Periksa sebarang tanda awal seperti tompokan darah, senggugut atau sakit pinggang.
2. Berjumpa Doktor dengan segera. Janin mungkin dapat diselamatkan dengan ubat menguatkan rahim
3. Dapatkan rehat yang cukup.Elakkan mengangkat bebanan berat. Hurm, tak perlu ke ofis lagi dah, Dr dah bagi MC




                                                 *sumber gambar Google

SEMASA
1. Pendarahan makin banyak beserta ketulan. Bersihkan diri kerana rawatan selanjutnya akan dibuat dengan rapi.
2. Pendarahan yang terlalu banyak tidak dapat dikawal. Bersiap segera untuk mengelak tidak sedarkan diri. Bawa bersama pelapik wanita, stokin, bengkung dan minyak angin.
3. Berlaku keadaan ketulan yang besar keluar sekaligus. Terus ke hospital.
4. Sekiranya anda hendak menukar lapik di hospital, jauhi lubang tandas untuk melihat ketulan yang keluar. Ianya sangat mudah keluar seperti telur kuning keluar dari ruang telur yang dipecahkan. Jika janin telah kelihatan, anda boleh meminta untuk diberikan kepada suami terutama jika sudah kelihatan anggota bayi untuk dikebumikan

SELEPAS
1. Anda akan direhatkan selama 10 jam untuk melepasi kesan bius. Pakai stokin, sapu minyak angin pada perut dan pakai bengkung untuk mengelak dimasuki angin.*Penting!
2. Pergilah berurut setelah keluar hospital.
3. Jaga pemakanan dan aktiviti harian seperti orang bersalin. Elakkan aktiviti berat sama sekali!

Proses keguguran adalah berbeza mengikut individu. Ada orang, jeluar janin yang kelihatan jelas dalam kantung, tetapi ada juga yang keluar sebagai darah beku..

No comments:

Post a Comment