Saturday, December 28, 2013

STIGMA KU TENTANG SUPPLEMENTS..

Pm FB : Marlinda Anim (WhatsAp/SMS : 013-3311 860) ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit**




Ini kisah ku 10 tahun dahulu semasa di usia awal 20-an. Masa tu aku masih aktif dan cergas, tapi taklah secergas orang olimpik. Cergas mengikut piawai orang Malaysia biasa-biasa. Stigma ku tentang supplements amat cetek..aku amat tak faham kenapa orang ambil supplements.
“Kalau badan kita letih, kita rehat…”
“Kalau mata kita selalu mengantuk, kita tidur…” itu yang ditanam dalam otak aku ni. Tambahan pulak, ada staff senior yang menyokong..
Jadi, berkekalanlah tanpa supplements hingga..

Aku bakal menjadi ibu....
 
Anak ku yang pertama lahir pra-matang..dia tak sabar nak keluar pada usia masuk 36 minggu. Hari itu pagi Ahad, aku dah mula rasa sakit perut ...mungkin salah makan. 
Mak mertua minta aku check kat Hospital Tampin. Anak pertama, sakit macamana pun tak tahu..perut aku mengeras, rupanya itulah kontraksi. Dipendek cerita, dia lahir disambut doktor pelbagai jenis bangsa. Lahir pukul 8 waktu tukar syif. Aku berpantang kat kampung di Batu Pahat. My sweet hometown..

Mak dan abah punya beria dapat cucu baru. Disiapkan air kopi dan air kunyit. Akhirnya air kunyit tu aku curah mengikut tepi jendela membasahkan tanah..hehe...akhirnya jamu mak yang makan...aku tak tahu apa pengganti jamu yang enak itu~

Anak ku yang sulung mempunyai bacaan kuning yang tinggi. Kasihan..kaki yang kecil dicucuk jarum untuk ambil bacaan darah. Dia asyik tidur! AKu macam nak pitam bila tengok macamana bayi diletakkan dalam kotak uv tu! Argh..kejamnya....Bersungguh-sungguh aku perah susu untuk bagi dia minum, walaupun pukul 11 malam..aku gagahkan untuk hantar dan suapkan dia minum..huhu...aku bentan selepas itu. Mak Bidan kampung pulak masya allah! teruk aku dikerjakan dengan berurut..adeh

2 kali masuk hospital, kali ke-2 lebih teruk hingga nyaris-nyaris nak tukar darah. Aku nak pengsan lagi. Kalau tukar darah, kena ikut tali pusat. Aku membayangkan bagaimana kalau pusat aku yang dicucuk...

Doktor minta kebenaran untuk ambil sampel urin yang akan dicucuk melalui ari-ari...(betul ke..?) dengan air mata bercucuran aku tidak izinkan....aku membawa hati yang lara (chewahh) balik ke Bangi jumpa pakar Az-Zahrah...alhamdulillah, baby tak perlu buat ujian tu sebab berat dia semakin bertambah.
 
Mengandung anak ke-2, bacaan HB rendah. Puas lah makan hati ayam, Kerang (tahap puas untuk orang yang amat tak suka makan organ dalam dan organisma yang duk diam dalam laut..atau erti kata lain, lumpur)..hehe..doktor bagi Iron (yang bulat coklat tu) aku pun telan…HB rendah, telan lagi..

Mengandung anak ke-3, macam biasa lah ..dah agak pun. Telan iron lagi..tapi nasib tak baik selalu pulak kena kejang kaki tengah malam. Erm…
Tapi nasib baik pandai, bila nak kena memang akan terbangun dari tidur. Apalagi, melompat lah dari katil untuk mencangkung. Ya, ini teknik yang paling mujarab tau. Tekankan jari kaki supaya tapak kaki rata ke lantai. Fuhhh, nasib baik lega..esok, telan iron lagi..

Mengandung anak ke-4, disamping iron yang menjadi teman baik..Doktor Kamsiah (Pakar Bersalin An-Nur Bangi) tambah dos pulak..Layannn…Kaki ni mula sakit macam orang tua. Dengan rasa risau, pergi lah ngadap Dr kat Klinik Presint 3

‘Dr, saya kena Osteoporosis ke…?’ aku bertanya dengan naïf
‘Masa berjalan sakit tak?’
‘Tak..’
‘Masa naik tangga?’
‘Tak..’
‘Ni bukan Osteoporosis…kamu muda lagi…kalau kena memang sakit tau..Ni kurang kalsium….’
Owh..alhamdulillah….kurang kalsium? Nampaknya ubat kalsium pulak akan jadi kawan baik.

Anjakan paradigma...

Pada satu hari, ternampak post sahabat baik zaman belajar kat UKM dulu. Selalu post pasal supplements, tapi kali ni post dia menarik…amat menarik..
‘Set menyusu tapi tuannya jadi lawa pulak..’
Mulalah membanding-bandingkan keadaan diri yang sedang berusaha nak BF anak ke-5…(ke-5 pun masih perlu belajar taw..) dan kulit pun agak tak sihat dok terperap bilik berair-cond je (8 jam sehari…setahun??)

Dipendek cerita, berlakulah sesi beli-membeli produk..hati tak sabar nak dapat kulit yang mulus. Agak terpesong dari niat asal..hehe

Alhamdulillah…kalau anak-anak sebelum ni, aku akan pergi beli pil tambah susu kat farmasi Bangi. Macam lah farmasi lain takda jual…Sebiji pil dalam 30 sen. Daripada makan pil, lebih baik ambik vitamin…..semua kelebihan akan masuk juga dalam susu ibu.

 Anakku ke-5, BF hingga usia dah 1 tahun 2 bulan..alhamdulillah...

Sekarang..anak ku Fathi Yakan Bin Azmi berusia 1 tahun 2bulan. Dan masih menyusu ibu, walaupun tak sepenuhnya..aku amat bersyukur..alhamdulillah, Alhamdulillah. Mungkin ini juga rezeki kirim doa dengan sahabatku tadi yang dapat pergi umrah hasil penat lelahnya. Baru ku tahu..

Bagaimana cara nak jaga paras HB..


Bagaimana cara nak pekatkan susu ibu dan bonus khasiat tambahan



Bagaimana cara nak jaga kesihatan, especially lepas makan coklat, durian crepe, sup tunjang…


Bagaimana cara nak tolong abah ringankan sakit jantungnya..


Bagaimana cara nak berniaga…
Bila berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara-mara, aku memiliki pandangan yang lain. Tambahan pula kalau diorang cerita masalah kesihatan.

Aku tak sekadar cakap..
“Kasihannya…”
“Moga cepat sembuh…”
Tapi, dah pandai cakap..
‘Herbal Blend ni baik untuk ruam susu..’
‘Omegaguard ni elok lepas makan makanan berminyak’
‘Kalau kau nak kurangkan buncit tu…ha..cuba ni. Elok juga untuk kawal kolestrol’
Tu sebab saya sayang sangat dengan bisnes ni…dunia rasa lebih luas!

Merempuh dunia bisnes ini bukan mudah..ada jatuh bangunnya. Ada masa nak melunjur terus, tapi aku sayang...SHAKLEE dah macam sebahagian hidupku..anak-anak pun tahu...mereka kalau mintak diletakkan krim gatal mesti berseloroh

"Habislah Ammar berdarah SHAKLEE!.."






 

No comments:

Post a Comment